Polis Siasat Insiden Pergaduhan Tular di CIQ Bangunan Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Polis menjalankan siasatan kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima video tular mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.30 petang semalam, yang merakamkan insiden pergaduhan di kawasan pintu masuk.

“Hasil semakan mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian tersebut. Polis sedang mengenal pasti individu yang terlibat, saksi kejadian serta punca sebenar insiden berkenaan.

“Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan video itu bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

Terdahulu, video berdurasi beberapa saat itu memaparkan keadaan sesak di kawasan CIQ, dengan orang ramai menunggu untuk menaiki bas sebelum dua lelaki dilihat bergaduh dan bertumbuk hingga terjatuh.

Kejadian itu mengundang reaksi pengguna media sosial yang menggesa kerajaan serta agensi berkaitan memperbaiki sistem kawalan penumpang di BSI, terutama pada waktu puncak bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *