Oleh: Rokaid Chik
ORANG Sabah sangat bijak berpolitik, sama seperti politik rakyat Kelantan. Beri sapu. Orang Sabah untuk Sabah. Politik Sabahan. Mereka terlalu taksub dan sangat tinggi semangat kenegeriannya.
Sehubungan itu, apa pasal engkau orang semenanjung datang jauh-jauh ke Negeri Di Bawah Bayu itu untuk menjual ubat kelentung sama merekalah.
Betullah dan tidak dinafikan PMX dan TPM adalah orang yang paling kerap datang ke Sabah terutama sebaik sahaja pengistiharan PRN17 negeri itu.
Buat apa hendak dinafikan kenyataan ini kerana masing-masing mempunyai kepentingan politik sendiri.
Ini kerana sokongan Sabah sangat penting terutama masa depan dan hayat politik kerajaan Madani.
Dunia hari ini tanpa sempadan, semua maklumat boleh diakses dengan mudah dengan memetik jari sahaja.
Semua orang Sabah boleh mengenal semua rona, feel dan sisi buruk pemimpin semenanjung.
Mereka tidak termakan dengan taktik dan tipu helah serta menjual dengan mudah kedaulatan negeri mereka.
Sebab itu ahli politik menteri dari Sabah berani menentang arus dan sanggup meletak jawatan semata-mata tidak sebulu dengan pemimpin pusat dan menjaga kepentingan Sabah.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
