SHAH ALAM – Seorang lelaki ditahan polis selepas bertindak memprovokasi dan mengugut Bailif Mahkamah Tinggi Shah Alam serta anggota polis yang menjalankan tugas di sebuah rumah di Pandamaran, Klang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 petang berlaku ketika pegawai mahkamah bersama anggota polis sedang menyempurnakan writ saman Mahkamah Tinggi di premis berkenaan.
“Seorang lelaki yang berada dalam rumah tersebut bertindak agresif dengan memecahkan botol kaca dan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap pegawai mahkamah serta anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, suspek yang merupakan warga tempatan ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan melakukan ugutan jenayah.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta latar belakang kejadian,” tambahnya.
Ramli turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan tidak bertindak agresif, kerana tindakan sedemikian boleh membawa hukuman undang-undang.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
