KUALA LUMPUR – Pemain penyerang Negeri Sembilan FC Luqman Hakim Shamsudin dipanggil semula menyertai kem latihan Harimau Malaya menjelang aksi menentang Nepal pada perlawanan kelima Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 pada 18 Nov ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi pasukan kebangsaan Malaysia NT pada Selasa, bekas pemain muda sensasi negara itu akan mengisi kekosongan ditinggalkan pemain Kuching City FC Jordan Mintah.
“Luqman Hakim Shamsudin dipanggil menyertai kem latihan berpusat menggantikan Jordan Mintah yang terpaksa meninggalkan kem atas faktor kesihatan,” menurut hantaran ringkas itu.
Kali terakhir pemain berusia 23 tahun itu menyarung jersi pasukan kebangsaan adalah ketika aksi persahabatan menentang Singapura pada Mac 2022.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
