PM Thailand batal kehadiran susulan kemangkatan Ratu Sirikit

PERDANA Menteri Thailand Anutin Charnvirakul membatalkan lawatan beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Malaysia susulan kemangkatan Ratu Sirikit.

Perkara itu diumumkan jurucakap kerajaan Siripong Angkasakulkiat pada Sabtu.

Kabinet dijadual bermesyuarat pada pagi Sabtu untuk membincangkan urusan pengebumian.

Terdahulu, bekas Ratu Thailand, Sirikit, dilaporkan mangkat pada usia 93 tahun di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn pada Jumaat.

Baginda difahamkan menghadapi pelbagai masalah kesihatan, termasuk jangkitan aliran darah. – Agensi

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *