Polymer Link meterai taja jamin terbit 97.15 juta saham sempena penyenaraian ke Pasaran ACE

KUALA LUMPUR – Polymer Link Holdings Berhad (Polymer Link) memeterai perjanjian taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) sebagai persediaan penyenaraian akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Polymer Link merancang menerbitkan sebanyak 97.15 juta saham baharu, mewakili 17.3 peratus daripada modal saham terbitan Kumpulan yang diperbesarkan sebanyak 560 juta saham (Terbitan Awam) serta tawaran untuk jualan sebanyak 24.08 juta saham sedia ada, bersamaan dengan 4.3 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan (Tawaran Untuk Dijual).

Sebanyak 28 juta saham atau lima peratus daripada modal saham terbitan Kumpulan yang diperbesarkan, dengan 2.5 peratus disediakan kepada pelabur awam bukan Bumiputera dan baki 2.5 peratus disediakan kepada pelabur awam Bumiputera

Sebanyak 4.44 juta saham atau 0.8 peratus disediakan kepada pengarah yang layak, pengurusan kanan utama dan pekerja (secara kolektif dikenali sebagai “Orang Yang Layak”) melalui Peruntukan Borang Merah Jambu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Manakala 64.71 juta saham atau 11.5 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dikhaskan untuk penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Tawaran untuk jualan senanyak 24.08 juta saham atau 4.3 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Selaras dengan perjanjian taja jamin HLIB akan menaja jamin 32.44 juta saham, terdiri daripada 28.00 juta saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia dan 4.44 juta saham yang disediakan kepada Orang Yang Layak melalui Peruntukan Borang Merah Jambu.

Naib Pengerusi Eksekutif/Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Polymer Link Koh Song Heng berkata, taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan penyenaraian syarikat di Pasaran ACE Bursa Securities.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Dengan IPO ini, kami menyasarkan untuk meningkatkan operasi kami, mengembangkan kehadiran antarabangsa kami melalui saluran pengedaran baharu dan peningkatan kapasiti serantau, termasuk kemasukan kami yang dirancang ke Poland dan pengembangan di Australia dan Asia Tenggara, dan terus memenuhi komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian polimer tersuai.

“Kami percaya keupayaan teknikal dan pendekatan berpusatkan pelanggan kami akan terus memacu pertumbuhan yang mampan semasa kami memasuki babak baharu yang menarik ini,” katanya.

Polymer Link telah mendapat kelulusan Bursa Securities untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Securities pada 25 Julai 2025.

Hong Leong Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Ejen Penempatan Tunggal dan Penaja Jamin Tunggal untuk IPO manakala DWA Advisory Sdn. Bhd. ialah Penasihat Kewangan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *