KUALA LUMPUR – BMS Holdings Berhad (BMS Holdings) memeterai taja jamin dengan Alliance Islamic Bank Berhad sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).
IPO itu akan terdiri daripada terbitan awam sebanyak 364 juta saham biasa baharu (Saham Terbitan) dan tawaran untuk penjualan 156.00 juta saham sedia ada (Saham Tawaran), secara kolektif mewakili kira-kira 33.77 peratus daripada jumlah saham terbitan BMS Holdings yang diperbesarkan sebanyak 1,540 juta selepas penyenaraian.
BMS Holding memperuntukkan 77 juta Saham Terbitan atau lima peratus daripada jumlah saham terbitan yang diperbesarkan akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia dan 61.60 juta Saham Terbitan atau empat peratus daripada jumlah saham terbitan diperuntukkan kepada pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan.
Manakala 188.90 juta Saham Terbitan atau 12.27 peratus daripada jumlah saham terbitan yang diperbesarkan akan disediakan melalui peletakan persendirian kepada pelabur terpilih.
Manakala sebanyak 36.50 juta Saham Terbitan atau 2.37 peratus disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (“MITI”).
Peruntukan sebanyak 156 juta Saham Tawaran atau 10.13 peratus daripada jumlah yang diperbesarkan saham terbitan akan ditawarkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.
Sebagai sebahagian daripada pengaturan taja jamin, 138.60 juta Saham Terbitan daripada jumlah saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 1,540.00 juta akan ditaja jamin oleh Alliance Islamic Bank, memastikan bahagian IPO ini akan diambil sepenuhnya dan memberikan keyakinan tambahan dalam kejayaan tawaran awam.
Pengarah Urusan BMS Holdings Berhad, Ang Kwee Pemg berkata, taja jamin ini menandakan satu langkah penting ke arah perjalanan penyenaraian syarikat.
“Dengan sokongan Alliance Islamic Bank, kami yakin dapat melaksanakan IPO yang berjaya yang akan membolehkan kami meningkatkan operasi dan kemudahan kami, mengukuhkan rangkaian runcit kami di seluruh negara, dan seterusnya mempelbagaikan penawaran produk kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang,” katanya.
Alliance Islamic Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan untuk IPO BMS Holdings Berhad.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001