Asap hitam: Pesawat Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur batal berlepas di Jepun

CHIBA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines menuju ke Kuala Lumpur membatalkan proses berlepas di Lapangan Terbang Narita berhampiran Tokyo pada pagi Khamis susulan masalah pada pesawat, lapor Kyodo News memetik Kementerian Pengangkutan.

Asap hitam dilaporkan kelihatan keluar dari pesawat ketika ia bergerak menuju ke satu daripada landasan lapangan terbang itu kira-kira 10.40 pagi waktu tempatan.

Secara berasingan, Xinhua memetik penyiar awam NHK sebagai melaporkan bahawa Lapangan Terbang Narita memaklumkan insiden itu menyebabkan Landasan A ditutup dan landasan berkenaan kini sedang diperiksa.

Pesawat itu membawa seramai 160 kru dan penumpang dan tiada laporan kecederaan diterima setakat ini, menurut laporan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rakaman yang disiarkan NHK menunjukkan pesawat itu berada dalam keadaan berhenti di landasan kira-kira 11 pagi dengan beberapa jentera bomba dan ambulans berada di sekitarnya ketika petugas berusaha menangani insiden itu. – BERNAMA-KYODO/XINHUA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *