MZK Kali Ke-12 fokus transformasi pengurusan zakat berasaskan wakalah

Oleh: Noorumaina Mohamed Yunus

NILAI – Muzakarah Zakat Kebangsaan (MZK) Kali Ke-12 Tahun 2026 memberi fokus kepada kerelevanan dan transformasi pengurusan zakat berasaskan konsep wakalah menerusi penelitian aspek hukum, perundangan, tadbir urus, cabaran serta penyelesaian masa hadapan.

Muzakarah yang berlangsung pada 19 dan 20 Ogos di Nilai Springs Resort Hotel, Nilai itu mengangkat tema “Kerelevanan dan Transformasi Pengurusan Zakat Berasaskan Konsep Wakalah: Analisis Hukum, Isu, Cabaran dan Penyelesaian Masa Depan”.

Program berkenaan menghimpunkan seramai 130 peserta dari Malaysia, Brunei dan Indonesia, termasuk 12 pembentang dan tiga panel forum, melibatkan wakil institusi zakat, akademia, agensi berkaitan serta pihak berkepentingan dalam pengurusan zakat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, pelaksanaan konsep wakalah perlu diteliti dari aspek hukum, perundangan, pelaporan dan amalan bagi memastikan dana zakat yang diwakilkan kepada syarikat atau individu diurus dan diagihkan mengikut ketetapan syariah.

Beliau berkata, antara isu yang perlu diberi perhatian ialah ketidakseragaman kadar wakalah antara negeri, pemantauan agihan, pertindanan penerimaan zakat oleh asnaf serta mekanisme pelaporan dana yang diserahkan kepada wakil.

“Apabila konsep wakalah dilaksanakan, peranan Majlis Agama Islam dalam mengagihkan zakat diwakilkan kepada syarikat atau individu untuk melaksanakan agihan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, satu panduan pelaporan perlu diwujudkan bagi memastikan dana zakat yang diserahkan kepada wakil dapat dibuktikan telah diagihkan kepada asnaf yang layak, selain mengelakkan pertindanan dalam agihan zakat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya lagi, muzakarah itu diharap dapat menghasilkan resolusi yang membawa kepada pembangunan garis panduan atau manual pengurusan wakalah zakat yang lebih patuh syariah untuk dijadikan rujukan oleh Majlis Agama Islam Negeri. 

Sementara itu, Pengarah Institut Fatwa dan Halal (iFFAH) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Azman Ab. Rahman berkata, pelaksanaan konsep wakalah perlu ditadbir urus secara lebih cermat bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat.

Menurutnya, konsep wakalah telah banyak membantu meningkatkan kutipan zakat di Malaysia, namun aspek tadbir urus perlu terus diperkukuh bagi memastikan manfaatnya dapat disalurkan secara lebih berkesan kepada golongan asnaf.

“Konsep wakalah ini tidak dinafikan telah banyak membantu dalam meningkatkan kutipan zakat di Malaysia, tetapi kita perlu melihatnya dengan lebih mendalam supaya pendekatan pengurusan wakalah zakat dapat ditadbir urus dengan lebih cermat,” katanya.

Prof. Dr. Azman berkata, peningkatan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan institusi zakat berpotensi menyumbang kepada kutipan yang lebih baik, sekali gus memperluas manfaat kepada golongan asnaf.

MZK Kali Ke-12 dianjurkan oleh Institut Fatwa dan Halal (iFFAH) USIM dengan kerjasama JAWHAR serta Majlis Wakaf dan Endowmen Zakat IPT Malaysia (MAWEZ).

Muzakarah itu turut menyaksikan pelancaran Buku Modul Pengurusan Amil Zakat Malaysia dan Brunei Darussalam sebagai antara usaha memperkukuh pengurusan dan profesionalisme institusi zakat.

Mohd Zaidi turut menegaskan, pengurusan zakat perlu mengambil kira perkembangan teknologi digital, penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI), namun pelaksanaannya hendaklah kekal berteraskan prinsip syariah, integriti dan akauntabiliti.

Noorumaina Mohamed Yunus Penolong Pegawai Pusat Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *