Kerajaan komited perkasa PKS melalui pelbagai inisiatif – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited untuk terus memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pelbagai inisiatif termasuk jaminan tambahan, kemudahan pembiayaan serta sokongan bagi memperkukuh inovasi dan pendigitalan.

Kata Perdana Menteri, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia mencapai aspirasinya untuk kekal sebagai hab pelaburan yang diyakini di rantau ini.

“Ia juga bagi memastikan perusahaan tempatan dan syarikat pemula tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi global.

“Kita mahu melihat PKS tempatan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dan harus diingat bahawa haluan masa depan mesti berpaksikan teknologi, kelestarian dan keterangkuman untuk terus berjaya,” kata beliau menerusi hantaran di laman sosial X, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyeru PKS agar tidak alpa kerana transformasi digital, kecerdasan buatan (AI) dan automasi bukan lagi satu kemewahan tetapi telah menjadi keperluan utama yang akan menentukan daya saing dan kemajuan negara pada masa hadapan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *