Systech lantik Vincent Nee sebagai GCEO baharu

PETALING JAYA – Systech Bhd melantik Vincent Nee Aik Chiang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu berkuatkuasa 21 Oktober 2025.

Systech, yang terlibat dalam penyelesaian e-perniagaan, keselamatan siber dan e-logistik berkata, Nee yang berumur 35 tahun merupakan seorang usahawan cemerlang dan peneraju berwawasan dengan lebih 15 tahun pengalaman dalam industri hartanah.

Memulakan perjalanan keusahawanannya pada usia 20 tahun, beliau telah berkembang menjadi pengasas lebih daripada lapan syarikat di bawah Kumpulan Vince, yang semuanya terlibat secara aktif dalam pelbagai segmen ekosistem hartanah, kata Systech dalam kenyataan hari ini.

Systech berkata, Nee diiktiraf secara meluas kerana kepimpinannya yang inovatif, kreatif dan bersemangat, meletakkannya sebagai pengubah permainan dalam industri hartanah Malaysia.

“Strategi pemikiran ke hadapan beliau, ditambah dengan daya tahan yang kukuh, telah mendorong Vince Group untuk mencapai pertumbuhan yang luar biasa, walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar seperti wabak,” tambah Systech.

Pengerusi Eksekutif Systech, Datuk Ong Theng Soon berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan Vincent Nee ke Systech sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

“Pemikiran keusahawanannya, kepimpinan ke hadapanteknologi, dan kepakaran pelbagai disiplin menjadikan beliau sangat sesuai untuk menerajui perjalanan transformasi kami.

“Lembaga Pengarah yakin di bawah kepimpinannya, Systech akan mempercepatkan inovasi dan memberi nilai kepada para pemegang saham syarikat,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *