PRN Sabah: PN akan bertanding 12 kerusi DUN – Mohd Amar

KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, pada 29 November ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan BERSATU dan parti lain dalam gabungan itu.

“Kita akan bertanding 12 kerusi pada PRN Sabah dan kita sekarang ini sedang berbincang dengan BERSATU dan parti lain dalam PN.

“Kita berharap menerusi 12 kerusi yang ditandingi itu, kita akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi untuk memecahkan ‘telur’ di Sabah,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Sambutan 70 Tahun PAS Kelantan di sini, malam ini.

Media sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon, disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dilaporkan berkata, writ pilihan raya juga sudah dikeluarkan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *