Tiga diplomat Qatar maut dalam nahas jalan raya di Sharm el-Sheikh, Mesir

KAHERAH – Tiga diplomat Qatar maut dalam satu kemalangan jalan raya di bandar peranginan Laut Merah, Sharm el-Sheikh, Mesir, pada Ahad, menurut dua sumber keselamatan kepada Reuters.

Dua lagi diplomat dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan, kata sumber tersebut.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada para diplomat terbabit merupakan anggota pasukan rundingan Qatar yang bersama pegawai Mesir sebelum ini memainkan peranan penting dalam memeterai perjanjian antara Israel dan Hamas, sebagai sebahagian daripada fasa pertama pelan Gaza anjuran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sharm el-Sheikh dijadual menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Antarabangsa pada Isnin, yang bertujuan memuktamadkan perjanjian bagi menamatkan perang di Gaza. – Agensi

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *