Aubameyang ledak empat gol, dibuang padang

JOHANNESBURG – Pierre-Emerick Aubameyang menjadi tumpuan apabila meledak empat gol sebelum dilayangkan kad merah ketika Gabon menewaskan Gambia 4-3 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Afrika, awal pagi tadi.

Jaringan penyerang Marseille itu memastikan Gabon kekal dalam perebutan slot ke Piala Dunia buat kali pertama, dengan mereka kini satu mata di belakang pendahulu Kumpulan F, Ivory Coast.

Dalam satu lagi aksi, Benin terus mencipta kejutan apabila menewaskan Rwanda 1-0 untuk mendahului Kumpulan C dengan kelebihan dua mata di depan Afrika Selatan, yang sekadar seri 0-0 dengan Zimbabwe.

Nigeria pula menewaskan Lesotho 2-1 untuk merapatkan jurang tiga mata dengan Benin, lawan yang bakal mereka temui Selasa ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Setakat ini, Algeria, Mesir, Maghribi dan Tunisia sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia selepas menjuarai kumpulan masing-masing.

Baki lima slot lagi akan ditentukan antara Ahad hingga Selasa, dengan Senegal, Benin, Cape Verde, Ivory Coast dan Ghana kini menerajui kumpulan masing-masing.

Benin mengekalkan kedudukan teratas hasil jaringan tunggal Aiyegun Tosin pada minit ke-80, keputusan yang mengejutkan ramai selepas Nigeria dan Afrika Selatan dianggap pilihan utama kumpulan itu.

Juara Piala Negara-Negara Afrika, Ivory Coast pula membelasah Seychelles 7-0 di tempat lawan selepas pernah menang 9-0 dalam pertemuan pertama dua tahun lalu di Abidjan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Tujuh pemain berbeza mencetak nama selaku penjaring, bermula dengan pemain tengah Nottingham Forest, Ibrahim Sangare pada minit ketujuh dan ditutup dengan jaringan Franck Kessie pada minit ke-90.

Gabon kekal satu mata di belakang Ivory Coast dalam Kumpulan F selepas menang dramatik ke atas Gambia di Nairobi.

Mereka mendahului dua kali sebelum dipintas, namun Aubameyang memastikan kemenangan dengan dua lagi jaringan peribadi sebelum dilayangkan dua kad kuning berturut-turut dan dibuang padang pada minit ke-86.

Ivory Coast kini mengumpul 23 mata berbanding Gabon 22 menjelang aksi terakhir minggu depan, dengan kedua-dua pasukan akan bermain di laman sendiri, Ivory Coast menentang Kenya dan Gabon berdepan Burundi.

Dalam Kumpulan B, Senegal mengekalkan kelebihan dua mata ke atas Republik Demokratik Congo selepas kedua-dua pencabar itu mencatat kemenangan di tempat lawan.

Memburu penampilan ketiga berturut-turut di Piala Dunia, Senegal membelasah Sudan Selatan 5-0 di Juba dengan penyerang Crystal Palace, Ismaila Sarr menjaringkan dua gol.

Pemenang dua kali Anugerah Pemain Terbaik Afrika, Sadio Mane turut menemui sentuhan jaringan ketika Senegal menukar kelebihan tipis 1-0 pada separuh masa pertama kepada kemenangan bergaya.

Senegal kini mengumpul 21 mata manakala DR Congo 19, dengan baki satu perlawanan, Senegal menanti Mauritania di laman sendiri manakala Congo melayan kunjungan Sudan. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *