Lelaki rakam pemandangan menakjubkan Banjaran Himalaya selepas hujan

NEW DELHI – Seorang lelaki dari daerah Madhubani, dalam negeri Bihar berkongsi rakaman video menakjubkan yang memaparkan pemandangan Banjaran Himalaya, lapor portal berita India Today semalam.

Banjaran itu nampak jelas selepas hujan baru-baru ini ‘membersihkan’ langit dan mengurangkan tahap pencemaran.

Video tular itu menunjukkan pemandangan jelas puncak Himalaya diliputi salji yang dilihat dari Madhubani.

Ketika berkongsi klip video tersebut di platform X, Satyam Raj berkata: “Pemandangan Himalaya yang megah seperti dilihat dari kampung Jainagar, daerah Madhubani, negeri Bihar.”

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut laporan, pemandangan jelas seperti itu jarang dapat dilihat.

Banjaran Himalaya yang merentasi lima negara termasuk India dan Nepal, menempatkan beberapa puncak tertinggi dunia, antaranya Gunung Everest dan Kanchenjunga.

Walaupun Banjaran Himalaya sebenarnya berada beratus-ratus kilometer dari Madhubani, keadaan cuaca yang ideal kadang kala menampakkan ia seperti sebahagian kawasan di Bihar. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *