Kerajaan Gagal Bela Rakyat, Usir Penduduk Kampung Sungai Baru Secara Kasar

PUTRAJAYA – Tindakan pihak berkuasa mengusir baki 15 penduduk Kampung Sungai Baru dengan cara keras dan tidak berperikemanusiaan baru-baru ini, sememangnya mengundang kemarahan rakyat.

Peristiwa itu bukan sahaja mencerminkan kegagalan kerajaan membela nasib warga marhaen, bahkan menunjukkan betapa rakusnya kuasa apabila bersekongkol dengan pemaju untuk merobek hak rakyat kecil.

Tegas Ketua Setiausaha Sekretariat Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya, Kampung Sungai Baru bukan sekadar tanah dan rumah, ia adalah tapak sejarah, tempat tumpah darah dan saksi kepada perjalanan hidup masyarakat yang telah berdekad menetap di situ.

Namun, kata beliau, segalanya dihapuskan demi “pembangunan” yang entah siapa sebenarnya mendapat manfaatnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Lebih menyedihkan, baki 15 keluarga yang masih bertahan kini diperlakukan seolah-olah mereka penjenayah. Kawalan ketat, jeritan arahan, malah ada yang diheret keluar seperti mereka hanyalah penghalang kecil yang perlu dilenyapkan.

“Bukankah mereka juga warganegara yang berhak dilayan dengan adil dan berperikemanusiaan? Bukankah perlembagaan menjamin hak rakyat atas harta mereka sendiri?

“Kerajaan hari ini sepatutnya belajar daripada sejarah pengusiran kampung tradisi lain sebelum ini. Setiap kali rakyat miskin dihalau, janji-janji manis pembangunan diberikan, tetapi yang untung akhirnya segelintir pemaju besar serta elit politik yang bersekongkol dengan mereka,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jelas Marzuki, rakyat terutama orang Melayu hanya mampu memandang rumah dirobohkan, jiwa terluka dan masa depan yang kabur.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanyam persoalan besar timbul, di manakah suara pemimpin yang kononnya mendabik dada memperjuangkan rakyat? Mengapa terlalu mudah tunduk kepada pemaju, tetapi begitu keras terhadap rakyat kecil yang hanya mempertahankan tempat tinggal mereka?

“Saya menyifatkan tindakan kasar terhadap baki 15 penduduk Kampung Sungai Baru adalah simbol keangkuhan kerajaan yang semakin hilang nilai kemanusiaan. Ia juga menjadi tanda betapa kerajaan hari ini semakin jauh daripada denyut nadi rakyat.

“Jika kerajaan masih mahu berbicara tentang integriti, kebertanggungjawaban dan “madani”, maka cerminlah dahulu wajah sendiri. Kerana di mata rakyat, pengusiran Kampung Sungai Baru ini adalah bukti jelas bahawa rakyat kecil tidak lebih daripada angka, yang boleh dikorbankan bila-bila masa demi keuntungan besar,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *