Banjir kilat landa Hulu Langat, beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi

HULU LANGAT – Beberapa kawasan di Hulu Langat, Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak lewat malam Ahad, menyebabkan laluan utama dan kediaman penduduk terjejas.

Menurut penduduk tempatan, paras air mula naik dari Sungai Langat sekitar jam 4.30 pagi, menyebabkan jalan besar di kawasan tersebut dinaiki air dalam tempoh singkat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Batu 16, Batu 18, Kampung Sungai Lui dan Sungai Pangsun.

Beberapa rumah berhampiran jalan utama dimasuki air, manakala sebahagian kenderaan yang diparkir turut tenggelam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pihak polis telah menutup laluan di kawasan Dusun Tua sebagai langkah keselamatan, dan pemantauan sedang dijalankan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa daripada pihak berkuasa.

Sebarang maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *