PN kesal insiden kekecohan di Kg. Sungai Baru

SHAH ALAM – Datuk Seri Hamzah Zainuddin menzahirkan rasa kesal dengan insiden kekecohan dalam operasi pengusiran di Kampung Sungai Baru semalam, termasuk bersimpati terhadap anggota polis serta orang awam yang tercedera.

Kata Ketua Pembangkang itu, kekecohan berkenaan boleh dielakkan melalui perundingan termasuk menangguhkan operasi pemilikan kosong, kerana penduduk sudah pun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Penduduk berhimpun hanyalah demi menyuarakan ketidakpuasan hati kerana isu Kampung Sungai Baru ini bukan semata-mata soal pembangunan, tetapi ianya menyentuh maruah dan hak ke atas kediaman serta harta benda mereka.

“Isu ini tidak boleh dipandang enteng dan mesti ditangani secara adil dengan memastikan aspek kebajikan, nilai kemanusiaan serta hak asasi rakyat dilindungi dan dihormati oleh semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *