Tun M Sindir Dakwaan Harta di UK, Persoal Motif Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan rasa hairan susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bahawa agensi itu akan menyiasat dakwaan beliau memiliki harta di United Kingdom (UK).

Dalam kenyataan yang dimuat naik petang ini, Dr. Mahathir secara sinis berkata, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan harta berkenaan.

“Rupa-rupanya saya ada harta di UK. Saya tak tahu. Tolong beritahu kepada saya supaya saya dapat claim harta ini. Setelah dapat harta ini saya akan hadiah kepada ramai yang miskin,” katanya.

Beliau turut mendakwa siasatan tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan tindakan samannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya fikir Anwar suruh SPRM buat siasatan ini supaya melambatkan kes. Apabila saya saman dia, dia minta dua minggu untuk jawab saman saya. Sekarang sudah dua tahun. Masih tidak sanggup ke mahkamah. Masih hendak tangguh,” katanya lagi.

Setakat ini, SPRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai pendedahan Dr. Mahathir berhubung siasatan tersebut.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *