Ahmad Fadhli fail saman fitnah terhadap individu dakwa kaitkan dirinya dengan Rohingya

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad Salim Iskandar berhubung satu hantaran Facebook yang didakwa mengaitkan beliau dengan etnik Rohingya serta menggambarkannya sebagai sebahagian daripada kelompok warga asing yang menguasai Parlimen Malaysia.

Tindakan saman itu difailkan pada 2 November lalu susulan hantaran Facebook defendan bertarikh 7 Jun tahun sama.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media peguam Ahmad Fadhli, Tetuan Nazrul Nazir & Co., yang dikeluarkan semalam, 11 November.

Menurut kenyataan itu, anak guam mereka menegaskan dakwaan berkenaan tidak benar dan mengelirukan, selain didakwa menjejaskan reputasi serta kredibilitinya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih secara sah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pihak peguam memaklumkan, sebelum tindakan undang-undang dimulakan, Notis Tuntutan bertarikh 11 Jun 2026 sudah diserahkan kepada defendan bagi memberi peluang menyelesaikan pertikaian berkenaan tanpa melalui proses mahkamah.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak defendan.

Kenyataan itu turut menjelaskan, tindakan saman berkenaan bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara atau kritikan politik, mahupun merendahkan mana-mana kelompok etnik.

Sebaliknya, ia bertujuan mempertahankan reputasi anak guam mereka daripada dakwaan yang didakwa palsu dan tidak berasas.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pihak peguam menyerahkan sepenuhnya kepada proses kehakiman untuk menentukan merit tuntutan berkenaan berdasarkan undang-undang serta keterangan yang dikemukakan di mahkamah.

Kenyataan itu ditandatangani Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir, peguamcara bagi pihak plaintif.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *