“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak

Pengampunan Najib: keputusan yang kini menjadi persoalan politik

Dari Meja Editorial ND

ADA satu ungkapan Inggeris yang cukup menarik untuk menggambarkan sesuatu kontroversi: The devil is in the details – syaitan sebenarnya bersembunyi pada perkara-perkara kecil yang sering terlepas pandang.

Dalam polemik Pengampunan Diraja Datuk Seri Najib Razak, perkara yang perlu diteliti bukan sekadar keputusan Yang di-Pertuan Agong mengurangkan hukuman penjara dan denda bekas Perdana Menteri itu, tetapi juga bagaimana permohonan berkenaan dibawa ke hadapan Lembaga Pengampunan serta peranan kerajaan ketika itu.

Persoalan yang timbul ialah sejauh mana kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam proses tersebut, sebelum keputusan pengampunan diumumkan pada 2 Februari 2024. Untuk memahami perkara ini, kita perlu menelusuri kronologinya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020 selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta. Rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 Ogos 2022, sekali gus menyebabkan beliau mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Pada 2 September 2022, Najib mengemukakan petisyen memohon pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar mengambil alih pentadbiran negara. Pada 7 April 2023, UMNO mengumumkan hasrat mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh untuk Najib.

Sehari kemudian, Anwar membuat kenyataan tiada konflik kepentingan dalam penglibatannya sebagai anggota Lembaga Pengampunan. Beliau menegaskan setiap individu yang disabitkan kesalahan mempunyai hak untuk memohon pengampunan dan keputusan akhirnya terletak pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 1 Mei 2023, Anwar sekali lagi menegaskan pendirian, setiap banduan berhak mengemukakan rayuan dan permohonan tersebut perlu dipertimbangkan secara profesional, tanpa prejudis. Bagaimanapun, perkembangan paling penting berlaku pada 8 Disember 2023.

Dalam penjelasan di Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024, Anwar mendedahkan beliau sendiri membentangkan permohonan pengampunan Najib kepada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023, dalam kapasiti sebagai pemangku Menteri Wilayah Persekutuan.

Menurut Anwar, tindakan itu dibuat atas prinsip semua banduan mempunyai hak untuk memohon pengampunan dan kedudukan Najib munasabah untuk diberikan pertimbangan. Beliau turut menjelaskan Yang di-Pertuan Agong ketika itu memberikan perkenan supaya permohonan berkenaan dipertimbangkan.

Anwar menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang luar biasa kerana permohonan pengampunan Najib dibawa oleh seorang menteri yang bukan secara khusus bertanggungjawab terhadap hal ehwal undang-undang. Pada 29 Januari 2024, Lembaga Pengampunan bersidang sekali lagi. Kali ini Anwar tidak hadir kerana Menteri Wilayah Persekutuan telah dilantik.

Akhirnya, pada 2 Februari 2024, keputusan diumumkan. Hukuman penjara Najib dikurangkan sebanyak 50 peratus daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Tarikh pembebasan awal ditetapkan pada 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda.

Lima hari kemudian, pada 5 Februari 2024, Anwar meminta supaya kecaman dan kritikan terhadap keputusan Lembaga Pengampunan dihentikan. Beliau menegaskan keputusan itu perlu dihormati kerana dibuat melalui proses perlembagaan dan atas pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Jika diteliti kronologi tersebut, permohonan asal memang dikemukakan oleh Najib sendiri pada September 2022. Namun, berdasarkan pengakuan Anwar di Parlimen, beliau bukan sekadar membiarkan permohonan itu melalui proses biasa, sebaliknya turut mengambil tanggungjawab membentangkannya kepada Yang di-Pertuan Agong pada 8 Disember 2023.

Justeru, tidak tepat jika dikatakan kerajaan PH memulakan permohonan pengampunan itu. Namun, tidak boleh juga dinafikan Perdana Menteri sendiri memainkan peranan penting dalam membawa permohonan tersebut untuk diberikan pertimbangan. Di sinilah timbul persoalan mengenai pendirian politik kerajaan dan parti-parti yang membentuknya.

Ketika permohonan itu dibawa untuk pertimbangan, adakah kerajaan mempersoalkan kelayakan Najib untuk mendapat pengampunan? Adakah kerajaan cuba menghalang proses tersebut? Sebaliknya, Anwar sendiri memberikan alasan hak setiap banduan untuk memohon pengampunan perlu dihormati.

Perlu difahami, mengemukakan permohonan untuk pertimbangan tidak bermaksud seseorang itu secara automatik layak mendapat pengampunan. Begitu juga, membentangkan rayuan tidak bermakna Perdana Menteri mempunyai kuasa menentukan keputusan akhirnya.

Kuasa pengampunan bagi Wilayah Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dengan mengambil kira proses dan nasihat Lembaga Pengampunan.

Namun, apabila keputusan telah dibuat dan perkenan diraja diberikan, mengapa pula timbul kecenderungan sesetengah pihak untuk menjadikan isu pengampunan itu sebagai modal politik, seolah kerajaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan proses sebelumnya?

Jika kita mahu mempertikaikan keputusan tersebut, saluran dan hujah perlembagaan perlu dikemukakan secara bertanggungjawab. Tetapi jika mahu menyalahkan kerajaan, kita juga tidak boleh memadamkan rekod penglibatan Perdana Menteri sendiri. Inilah yang boleh disifatkan sebagai strategi politik yang memakan diri.

Seseorang tidak boleh memilih bahagian tertentu daripada sesuatu kronologi untuk diceritakan kepada rakyat, sedangkan bahagian lain yang tidak menguntungkan kedudukan politiknya diketepikan. Dalam isu ini, rakyat berhak mengetahui keseluruhan cerita, bukan sekadar babak terakhir ketika keputusan pengampunan diumumkan.

Seperti ungkapan William Shakespeare dalam drama Hamlet: “Something is rotten in the state of Denmark.” Apabila sesuatu perkara kelihatan tidak kena, jangan hanya menuding jari kepada pihak lain. Selusuri dahulu siapa membuka jalan, siapa membawa permohonan dan siapa akhirnya memberikan perkenan.

Dalam politik, rekod dan kronologi tidak boleh dipadam hanya kerana keadaan sudah berubah. – ND

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *