Saham MRCB melonjak selepas umum beli kepentingan KWSP dalam Bukit Jalil Sentral Property

KUALA LUMPUR – Saham-saham Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) diniagakan meningkat pada sesi dagangan pagi ini susulan pengumuman pengambilalihan 80 peratus kepentingan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Bukit Jalil Sentral Property Sdn Bhd (BJSP).

Laporan mengenai urus niaga tunai bernilai RM1.58 bilion itu terbukti melonjakkan sentimen terhadap saham-saham berkenaan.

Setakat 10.45 pagi ini, saham MRCB naik 3.5 sen kepada 50.5 sen dengan sejumlah 14.77 juta saham saling bertukar tangan.

Dalam kenyataannya semalam, MRCB berkata syarikat akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan alam sekitar sebelum memulakan sebarang pembangunan berpotensi, termasuk pusat data di atas tanah berkaitan.

Pembelian aset itu dilakukan menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Rukun Juang Sdn Bhd daripada Tanjung Wibawa Sdn Bhd.

Rukun Juang merupakan syarikat milik penuh MRCB Land Sdn Bhd manakala Tanjung Wibawa ialah anak syarikat milik penuh Lembaga KWSP. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *