Kejohanan Dunia Wushu 2025: Jia Rong sumbang emas keempat Malaysia

KUALA LUMPUR – Atlet wushu negara Lee Jia Rong, menampilkan aksi cemerlang apabila meraih emas keempat pada hari keempat Kejohanan Dunia ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil pada Sabtu.

Jia Rong yang turun beraksi dalam acara Daoshu, berjaya meraih 9.726 mata untuk emas pertamanya di Kejohanan Dunia.

Meskipun berkongsi mata yang sama dengan atlet Hong Kong Michelle Yeun, Jia Rong berada di kedudukan pertama selepas menampilkan darjah kesukaran yang lebih tinggi berbanding lawannya.

Gangsa acara itu dimenangi atlet Jepun Kana Ikeuchi yang meraih 9.723 mata.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Untuk rekod ini merupakan pingat kedua Jia Rong di kejohanan itu selepas meraih gangsa dalam acara gunshu. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *