Kecederaan Zara Qairina sepadan akibat jatuh, bukan dipukul – Pakar patologi

KOTA KINABALU – Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.

Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak 1998, berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan kedudukan serta lokasi penemuan mangsa.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan pegawai pengendali kes, Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.

Dalam keterangannya semalam, Dr Hiu menjelaskan bahawa berdasarkan ketinggian dan kelebaran penghadang konkrit, ketinggian palang besi melintang, serta ketinggian mangsa sebelum kematian, adalah berkemungkinan untuk mangsa memanjat penghadang, melintasi palang besi berkenaan, dan berdiri di atasnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada prosiding hari ini, Dr Hiu turut mengesahkan beberapa gambar yang dikemukakan Badius Zaman, iaitu gambar diambil semasa demonstrasi di lokasi kejadian pada 2 Ogos oleh seorang pegawai perubatan yang membantunya dalam siasatan tersebut.

Ketika disoal peguam Azhier Farhan Arisin, yang mewakili empat remaja didakwa membuli Zara Qairina, Dr Hiu menegaskan tiada bukti forensik yang menyokong dakwaan bahawa mangsa dipukul hingga pengsan sebelum diletakkan di lokasi kejadian.

Apabila ditanya sama ada kecederaan mangsa menyerupai kesan akibat pukulan berulang menggunakan objek tumpul, Dr Hiu menjelaskan bahawa perkara itu tidak dapat dilihat dalam kes ini.

“Kecederaan patah pada kedua-dua kakinya adalah serius dan memerlukan daya impak yang tinggi, biasanya berlaku akibat jatuh dari tempat tinggi atau kemalangan jalan raya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Fraktur pada tulang lumbar pula disebabkan oleh daya dalaman, bukan impak terus dari luar,” tambah beliau.

Menurut Dr Hiu, kecederaan akibat serangan fizikal lazimnya melibatkan daya yang besar dengan kerosakan meluas pada kulit dan tisu lembut di bahagian luar.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai, sehari selepas beliau ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya sekitar pukul 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.

Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.

Prosiding inkues diteruskan di hadapan Koroner, Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *