PETALING JAYA – Samaiden Group Berhad (Samaiden) mengumumkan keputusan suku keempat yang kukuh dan prestasi rekod bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dengan pendapatan meningkat 135.8 peratus tahun ke tahun kepada RM134.95 juta daripada RM57.23 juta.
Keuntungan sebelum cukai (PBT) berjumlah RM8.39 juta, meningkat 3.5% berbanding RM8.10 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat 22% kepada RM7.07 juta daripada RM5.81 juta, mencerminkan pelaksanaan berdisiplin dan kemajuan berterusan merentas pelbagai projek solar skala utiliti.
Samaiden turut mengumumkan anak syarikat milik penuhnya Samaiden Sdn. Bhd. (SSB), menerima Surat Anugerah (LOA) daripada Unique HEB Energy Sdn. Bhd. (UHESB) untuk EPCC loji tenaga solar fotovoltaik (LSSPV) berskala besar 95 MWac di Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan di bawah program Solar Skala Besar 5 (LSS5).
Projek bernilai RM290 juta itu dijangka menyumbang secara positif sepanjang tempoh projek.
Dengan kemenangan terbaharu ini, buku pesanan Samaiden yang tidak dibilkan telah meningkat kepada rekod RM 699.2 juta, memberikan keterlihatan hasil yang teguh dan asas yang kukuh untuk tempoh akan datang.
Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Ir. Chow Pui Hee berkata, prestasi FY2025 mencerminkan kekuatan enjin pelaksanaan kdan keyakinan yang diberikan oleh rakan kongsi kepada syarikat.
“Kemenangan terbaharu dalam kontrak LSS5 meluaskan saluran paip kami dan meletakkan kami dengan baik untuk menangkap permintaan yang semakin meningkat untuk projek komersil dan perindustrian solar dan atas bumbung berskala utiliti,” katanya.
Beliau menambah, Samaiden kini telah memperoleh 5 projek di bawah program LSS5 yang merangkumi 1 projek yang dibangunkan sendiri.
Peluang tambahan sedang dalam perbincangan aktif dan, jika dimuktamadkan, dijangka akan mengukuhkan lagi saluran paip terjamin Syarikat dan mengukuhkan peranannya dalam peralihan tenaga Malaysia.
“Kami akan kekal fokus pada penghantaran tepat masa, disiplin kos dan pengurusan risiko untuk menterjemah buku pesanan kami kepada momentum pendapatan yang mampan,” tambahnya.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001