SHAH ALAM – Wanita warga Indonesia parah selepas ditikam suaminya di Jalan Redan, Kanchong Darat, Banting pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian 8.50 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun ditikam di bahagian kiri perut oleh suspek yang senegara dengannya.
“Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Zon Merah Hospital Banting dan pemeriksaan awal mendapati dia mengalami pendarahan dalaman, sebelum menjalani pembedahan.
“Ketika ini, polis masih giat mengesan suspek dan sudah menghubungi pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit K9 Bukit Aman untuk membantu siasatan,” katanya dipetik Harian Metro dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau balai polis berhampiran.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001