LONDON – Pemain tengah, Yves Bissouma disingkirkan daripada skuad Tottenham untuk final Piala Super UEFA menentang Paris Saint-Germain (PSG) kerana sekali lagi datang lewat.
Thomas Frank tampaknya sudah hilang sabar dengan sikap Bissouma yang sebelum ini turut mendapat kritikan dari pengurus terdahulu.
Antonio Conte pernah mengeluh mengenai ketepatan masanya, manakala Ange Postecoglou tidak memasukkan pemain tengah antarabangsa Mali itu dalam satu perlawanan pada awal musim lalu selepas dia dirakam menggunakan gas nitrous oksida dari belon.
“Dia datang lewat beberapa kali dan kali ini sudah melampaui had. Dalam semua keadaan, anda perlu lebih menyayangi pemain, tetapi anda juga mempunyai tuntutan dan perlu ada akibatnya,” kata Frank.
“Sekarang ada akibat untuk kejadian kali ini. Saya akan tangguhkan buat sementara dan kita akan menguruskan apabila pulang nanti.
Dalam perkembangan sama, Frank mengesahkan Dominic Solanke yang terlepas hampir semua perlawanan persahabatan pramusim kini pulih dari kecederaan buku lali dan sedia untuk diturunkan.
Destiny Udogie belum bersedia untuk kembali, tetapi semakin hampir untuk kembali bersama pasukan.
Spurs memenangi Liga Europa dengan menewaskan Manchester United pada Mei, manakala PSG membelasah Inter Milan 5-0 dalam final Liga Juara-Juara. -AGENSI
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001