Anak Rafizi Ramli diserang di pusat beli-belah di Putrajaya

Laporan: Safeek Affendy Razali – Berita Harian

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kejadian serangan terhadap anak lelaki bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada jam 2 petang tadi.

Bagaimanapun, anaknya yang berusia 12 tahun itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata serangan yang dilakukan dua individu itu dilaporkan berlaku di tempat menurun dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya sahkan mengenai kejadian ini dan pada masa ini, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek terbabit.

“Kita juga sedang mendapatkan keterangan saksi dan petunjuk yang ada di kawasan kejadian,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Shazeli berkata, mangsa pada masa ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital dengan ditemani ibu dan bapanya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut mengenai jumlah penyerang dan cara serangan sehingga memperoleh maklumat lengkap.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sementara itu, BH difahamkan polis masih meneliti rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan identiti penyerang terbabit.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *