GUA MUSANG – Dua kanak-kanak dan dua orang dewasa maut dalam kemalangan di Kilometer 34, Felda Chiku 1, dekat sini pagi ini.
Setakat ini, semua mangsa difahamkan satu keluarga yang dikeluarkan dari kereta dinaiki mereka selepas bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nik Mohd Fakri Md Nawi, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 9.07 pagi, sebelum menggerakkan anggotanya ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik tiba di lokasi pada jam 9.34 pagi, mendapati kemalangan berlaku melibatkan kereta jenis Honda EK dan sebuah treler.
“Terdapat lima mangsa dalam kereta itu dengan empat meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang cedera parah, manakala pemandu treler selamat.
“Mangsa yang parah dihantar ke hospital, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Difahamkan, pihak bomba masih melakukan operasi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sementara itu, Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata, semua mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001