JPJ Audit Syarikat Bas Terlibat Nahas Rombongan Tadika

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan membabitkan rombongan murid tadika di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung insiden itu semalam dan kini diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

“JPJ akan jalankan JISA terhadap pengendali bas tersebut dan akan ambil tindakan selanjutnya selepas laporan audit diterima,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata kemalangan berkenaan dipercayai akibat pemandu bas terlalu letih dan tidak cukup tidur.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol ketika kejadian.

“Bagaimanapun, rekod menunjukkan suspek memiliki 13 saman lalu lintas,” katanya.

Muhamad Farid berkata pemandu berusia 44 tahun itu kini direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Semalam, Muhamad Farid dilaporkan berkata kejadian pada kira-kira 12.18 tengah hari itu melibatkan sebuah bas membawa lima guru dan 30 kanak-kanak tadika dalam satu rombongan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial menunjukkan bas tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di laluan berkenaan.

Tiga kanak-kanak dan seorang guru pengiring cedera di bahagian kepala serta menerima rawatan pesakit luar di Hospital Serdang. – BERNAMA

Telegram:https://t.me/nasionaldaily

Facebook:https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok:https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan:admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *