Mayat dengan kaki, tangan terikat ditemui di tepi landasan kereta api

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki dengan kaki dan tangannya terikat serta kepala dibalut kain ditemukan berhampiran landasan kereta api di Sungai Serian, Kalumpang, Hulu Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ibrahim Husin berkata mayat dijumpai orang awam kira-kira 10.30 pagi tadi sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, mayat itu dipercayai dicampak dari jambatan Kampung Sungai Serian berketinggian 11.15 meter.

“Siasatan pihak forensik mendapati kaki dan tangan si mati telah diikat manakala kepala dibalut dengan kain serta dilekatkan dengan pita pelekat hitam dan putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ibrahim berkata pemeriksaan fizikal oleh pihak forensik mendapati mangsa telah meninggal dunia lebih dari empat hari kerana keadaan mayat mula reput selain tiada sebarang dokumen peribadi si mati ditemukan.

“Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Fadli Abdul Aziz melalui talian 03-6064 1222. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *