Adam, Sharf mahu gegar Litar Sepang

KUALA LUMPUR – Perlumbaan di laman sendiri menjadi peluang terbaik buat dua pelumba negara Adam Danial dan Sharf Muhriz memburu keputusan lebih meyakinkan pada Pusingan 3 Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

Selepas menjalani persiapan rapi di bawah bimbingan ZK Racing, Adam dan Sharf jelas tampil dengan keyakinan tinggi untuk memberikan saingan terbaik dalam kedua-dua perlumbaan yang dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut Sharf, persiapan yang dilaluinya sepanjang tempoh rehat selama empat bulan rehat sejak pusingan terakhir di Qatar pada Mac lalu menjadi penting untuk tampil lebih kompetitif di hadapan penyokong sendiri.

“Selepas empat bulan berehat, saya yakin pelumba lain juga sudah membuat persiapan menghadapi pusingan ketiga. Tetapi saya percaya dengan latihan yang saya jalani, saya akan memberikan yang terbaik untuk perlumbaan di laman sendiri minggu ini,” kata Sharf yang kini berada di kedudukan ke-21 keseluruhan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Adam yang menghuni tangga ke-18 dalam kedudukan keseluruhan turut berkongsi keyakinan sama meskipun mengakui ada tekanan tambahan apabila berlumba di negara sendiri.

“Berlumba di laman sendiri memang menyeronokkan, tetapi ia datang dengan tekanan yang berbeza buat saya. Fokus saya adalah untuk berada di kelompok hadapan, dan saya akan lebih yakin beraksi di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Selepas dua pusingan, saingan ATC 2025 menyaksikan pelumba Jepun, Ryota Ogiwara mendominasi sepenuhnya apabila memenangi keempat-empat perlumbaan daripada dua pusingan terdahulu di Qatar dan Thailand, sekali gus mendahului carta keseluruhan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *