Thailand dakwa Kemboja langgar perjanjian gencatan senjata

BANGKOK – Thailand hari ini mendakwa Kemboja melanggar perjanjian gencatan senjata secara terang-terangan.

Dakwaan itu dibuat selepas Bangkok mendakwa tentera Kemboja melakukan serangan di kawasan sempadan malam tadi.

Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan berkata tenteranya di wilayah Sisaket diserang dengan tembakan senjata api ringan dan bom tangan oleh tentera Kemboja, dalam satu serangan berterusan hingga pagi tadi.

“Ini merupakan satu pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata,” kata kementerian itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kedua-dua negara sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata bermula kelmarin, selepas lima hari pertempuran meragut sekurang-kurangnya 43 nyawa kedua belah pihak.

Perbalahan itu berpunca pertikaian lama mengenai kawasan kuil sempadan yang membawa kepada pertempuran terbuka di sempadan sepanjang 800 kilometer (km). Jurucakap kerajaan Thailand, Jirayu Huangsab, turut mendakwa berlaku pertempuran malam tadi.

Dalam satu kenyataan, pihak Thailand dikatakan berjaya mengawal keadaan dan situasi di sepanjang sempadan kembali normal bermula jam 8 pagi.

Kemboja sebelum ini menafikan sebarang pelanggaran gencatan senjata yang bertujuan menamatkan konflik sehingga memaksa lebih 300,000 penduduk di kedua-dua negara berpindah dari kawasan sempadan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut wartawan AFP di Kemboja, tiada letupan kedengaran bermula tempoh pelaksanaan gencatan senjata hingga pagi tadi, walaupun sebelum itu ada mendengar bunyi tembakan artileri sejak pertempuran bermula Khamis lalu.

Pertikaian antara Thailand-Kemboja kini mencatatkan angka korban melebihi insiden yang berlaku secara sporadik pada 2008 hingga 2011, yang Ketika itu meragut seramai 28 nyawa.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *