Perlekeh himpunan ‘Turun Anwar’, PM jangan angkuh, sombong

PUTRAJAYA – Sekretariat Orang Melayu (SOM) mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak sombong dan angkuh apabila memperlekehkan himpunan aman ‘Turun Anwar’ oleh ratusan ribu rakyat di ibu kota pada Sabtu lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Wira Marzuki Yahya berkata, dengan memperlekehkan himpunan itu bermakna Perdana Menteri selama ini tidak pernah peduli rungutan rakyat yang terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Apabila beliau menyata tidak ada isu pokok diketengahkan oleh rakyat, menunjukkan sikap dan sifat sebenar Anwar sebagai Perdana Menteri yang angkuh dan sombong.

“Rakyat bukan saja-saja mahu turun ke jalan raya, mereka sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan pentadbiran Anwar yang semakin hari semakin menekan hidup mereka.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Selama dua setengah tahun, sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk, Anwar dan barisan Kabinetnya tidak pernah mempedulikan nasib rakyat. Mereka seronok melihat rakyat berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan yang semakin tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Anwar sebagai berkata, beliau kesan kerana tiada isu pokok diketengahkan pada himpunan pembangkang di ibu negara Sabtu lalu.

Marzuki turut mengingatkan Anwar, jangan sekali-kali memandang rendah himpunan ‘Turun Anwar’ baru-baru ini, kerana doa rakyat teraniaya akan diterima Allah tanpa halangan.

Katanya, rakyat sudah memberi peringatan jelas kepada Anwar, mereka berdepan dengan masalah kehidupan tidak stabil dan tertekan, malah ada yang terjebak dalam kegiatan jenayah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Untuk pengetahuan Anwar, yang mendakwa kononnya tidak tahu apa isu sebenar hendak disuarakan oleh ratusan ribu rakyat baru-baru ini, saya ulang;

Himpunan itu, pertamanya, untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10, khususnya dalam aspek ekonomi, dasar kerajaan dan paling jelas sekali, kegagalannya menunaikan janji-janji reformasi.

“Kedua, sejak kerajaan Madani menarik balik subsidi diesel dan pelaksanaan SST diperluaskan bermula 1 Julai lalu, rakyat terutama golongan B40 dan peniaga kecil bangkit menyuarakan bantahan terhadap dasar itu.

“Ketiga, rakyat mempersoalkan kegagalan Anwar menunaikan janji reformasi yang pernah beliau kemukakan ketika dalam blok pembangkang sebelum PRU15, termasuk isu integriti, rasuah dan kebebasan institusi,” katanya.

Beliau berkata, himpunan itu juga menyaksikan rakyat menuntut dan mendesak Anwar serta Kabinet Madaninya, menjelaskan beberapa keputusan yang dilihat tidak konsisten, termasuk pelantikan politik, pengurusan kewangan negara dan pendekatan terhadap kebebasan bersuara.

Katanya, atas alasan itu, rakyat berhimpun untuk menyampaikan isyarat mahukan perubahan segera dan bukan sekadar protes terhadap tubuh badan Anwar, tetapi sudah hilang sabar dengan kepimpinan yang gagal memberi solusi konkrit dalam masa dijanjikan.

“Kepada Anwar, hentikan sandiwara dengan memperlekehkan suara rakyat,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *