PDRM komited pastikan Himpunan ‘Turun Anwar’ esok berjalan lancar – KPN

KUALA LUMPUR – Polis memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi memastikan Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijangka berlangsung esok berjalan lancar dan selamat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dalam satu kenyataan menegaskan, PDRM menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib, selaras dengan nilai-nilai demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.

“PDRM komited untuk memastikan perhimpunan ini dapat dilaksanakan dalam suasana yang selamat serta menghormati ruang awam yang dikongsi bersama. Kerjasama semua pihak amat dihargai agar suasana harmoni dapat dikekalkan sepanjang perhimpunan,” kata beliau.

Sehubungan itu, PDRM, jelas Mohd Khalid, menasihatkan para peserta agar sentiasa peka terhadap undang-undang sedia ada dan bersama-sama memelihara ketenteraman awam di kawasan sekitar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kata beliau lagi, sebarang pandangan atau suara yang dizahirkan perlulah disampaikan secara berhemah dalam suasana saling menghormati, serta berlandaskan nilai kesopanan masyarakat Malaysia.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata, masyarakat umum yang tidak terlibat secara langsung dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menyemak maklumat trafik semasa, memandangkan aliran trafik dijangka mengalami perubahan sepanjang tempoh perhimpunan berlangsung.

Dalam masa sama, PDRM memberi jaminan bahawa keselamatan awam akan terus dipelihara, manakala hak-hak kebebasan rakyat tetap akan dihormati.

“Kami percaya bahawa perimbangan antara hak demokrasi dan pemeliharaan undang-undang boleh dicapai melalui kerjasama erat dan rasa tanggungjawab bersama,” jelas beliau lagi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Ketua Polis Negara turut merakamkan penghargaan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan menyeru agar semua pihak memainkan peranan secara matang dan berhemah demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Himpunan ‘Turun Anwar’ yang ditunjangi Pas akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *