PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja lima hari

RCI Batu Puteh: Hansard PM Anwar memutuskan tidak ambil tindakan terhadap Tun M

Berikut Senarai Penyata Rasmi (Hansard) Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas (2025)

Bil. 21 Selasa 22 Julai 2025

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI (MS 9)

Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim: Baik, kita terikat dengan triti. Retreat treaty dan kemudian prosesnya pula kerana ia melibatkan negeri, kita tak mahu ulang apa yang berlaku sepertimana Pulau Batu Puteh.

Pulau Batu Puteh itu penyerahan yang terlalu mudah yang sekarang ini diam oleh rakan-rakan sebelah sana (pembangkang). (Sedangkan) ini soal maruah.

Kalau kita – Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah orang Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor terkesan dengan penyerahan mudah soal Pulau Batu Puteh.

Mengapa double standard? Mengapa double standard dalam hal ini?

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Yang Berhormat, Pulau Batu Puteh Yang Berhormat, Pulau Batu Puteh dah buat RCI.

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Ya.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Terima keputusan RCI, laksana saja.

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Ya.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Itu tak betul, tuduh kami senyap Yang Berhormat, tak betul.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: RCI dah tarik balik, sebab apa tarik balik?

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Ya, sebab Yang Berhormat, dengarlah dulu, ini jerit dulu. Ini di luar boleh jerit dulu, ini dengar saya. Kita ambil keputusan kerana dia melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun.

Apakah dia tak salah? Dia salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, (nanti) Kota Bharu yang akan jerit kata kita tidak adil.

Tapi saya, tanpa melibatkan soal ini kerana umur (Tun Mahathir) dah 100 tahun, salah besar dalam hal ini. Tetapi, kita tak payahlah teruskan (mendakwa Tun Mahathir).

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Ya, sudah, sudah.

Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: …Tak adil menyebut orang yang tak ada dalam Dewan. Amat tidak adil menyebut orang yang tidak ada dalam Dewan untuk dituduh Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading]: Bukan tuduh, itu memang perkara yang benar berlaku sebab kami berada dalam Dewan Undangan Negeri Johor waktu itu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *