Kelantan cadang wujudkan dua RnR di jajaran projek LTU, KBKK

KOTA BHARU – Kelantan bercadang mewujudkan dua kawasan hentian Rehat dan Rawat (RnR) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai (KBKK).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Izani Husin berkata RnR yang dikenal pasti bagi jajaran LTU adalah di Laloh, Kuala Krai manakala jajaran KBKK pula di Bukit Bakar, Machang.

“Kita bersetuju bahawa dengan adanya RnR ini akan memberi limpahan ekonomi kerana perhubungan baharu ini ada kaitan dengan perkembangan ekonomi, jadi ia memang sudah ada dalam perancangan.

“Dari segi reka bentuk RnR pula kita masih belum ada lagi tetapi kita bersetuju sekiranya reka bentuk ini dibina mengikut reka bentuk negeri Kelantan,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Zubir Abu Bakar (PAS-Mengkebang) yang bertanya perancangan untuk mewujudkan RnR di Kuala Krai bagi meningkatkan sektor ekonomi setempat dan tarikan pelancongan selaras dengan pembinaan LTU, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *