KUALA LUMPUR, 16 Jul 25 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menubuhkan program ‘Infaq Bersatu’ dalam usaha mengumpul dana bagi membiayai program parti.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengulas lanjut, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju dengan penubuhan berkenaan.
Katanya, MPT menerima cadangan dan meluluskan program Infaq Bersatu yang bertujuan untuk mendapatkan dana bagi aktiviti parti.
“Sumbangan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang hendak membantu agenda rakyat terus diperjuangkan bersama Bersatu,” katanya dalam kenyataan, selepas mesyuarat MPT semalam.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, memutuskan akaun bank milik Bersatu yang mempunyai RM195 juta akan terus dibekukan sementara menunggu keputusan dua permohonan semakan kehakiman dan prosiding jenayah berkaitan.
Bersatu ketika ini menghadapi kesukaran dalam operasinya apabila akaun parti telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 6 Jun lalu, media melaporkan, Mahkamah Tinggi telah memutuskan akaun bank milik parti Bersatu akan terus dibekukan sementara menunggu keputusan dua permohonan semakan kehakiman dan prosiding jenayah berkaitan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
