Penuntut universiti ditemukan lemas di air terjun Gunung Jerai

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMs) ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di kawasan Air Terjun Lata Bukit Dinding, Gunung Jerai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, kira-kira jam 11.47 pagi, anggota bertugas di Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan MERS 999 memaklumkan seorang lelaki dipercayai lemas.

Beliau berkata, hasil siasatan, mangsa ke kawaaan itu bersama tujuh rakan lain ke kawasan air terjun terbabit yang terletak di Gunung Jerai untuk tujuan mendaki.

“Ketika sampai di kawasan air terjun Bukit Dinding, seorang penuntut wanita dipercayai lemas dan menjerit meminta tolong.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mangsa bersama seorang lagi rakannya terus terjun ke dalam air untuk menyelamat namun rakan mangsa berjaya berjaya membawa penuntut wanita ke tebing.

“Mangsa bagaimanpun tenggelam dan rakan lain yang panik terus menghubungi talian MERS999 untuk meminta bantuan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Hanyan berkata, mayat mangsa ditemukan lemas pada jam 2.30 petang.

Jasad Muhammad Zaim Ikhwan Mohd Fauzi, 24, berasal dari Yan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk untuk tindakan lanjut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *