Kelab bola sepak ‘kantoi’ pakai hantu kalahkan lawan

BEIJING – Sebuah kelab bola sepak di China didenda 30,000 yuan (RM17,700) kerana menggunakan ‘roh jahat’ untuk membantu mereka mengalahkan pasukan lawan dalam satu perlawanan, lapor portal berita South China Morning Post.

Changchun Xidu FC yang bermain di divisyen ketiga China, didapati bersalah kerana meletakkan kertas azimat di bilik persalinan Shanxi Chongde Ronghai sebelum perlawanan di tempat sendiri.

Changchun Xidu memenangi perlawanan itu dengan jaringan 2-0.

Penggunaan kertas azimat yang dikenali sebagai ‘fu’ dalam bahasa Cina adalah amalan Tao yang dipercayai menggunakan tenaga roh untuk membawa hasil yang positif.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Namun, mengikut kepercayaan ajaran itu, ia juga boleh disalahgunakan untuk membawa kemudaratan atau kemalangan.

Tangkal kuning yang diletakkan di bilik persalinan Shanxi menyebut bahawa pasukan itu akan gagal.

“Persatuan Bola Sepak China dengan tegas dan serius akan menangani semua jenis pelanggaran peraturan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan. – AGENSI 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *