Iran lancar peluru berpandu hipersonik ke arah Israel

TEHRAN – Iran menyatakan hari ini bahawa ia melancarkan peluru berpandu hipersonik ke arah Israel dalam pusingan terbaharu serangan semalaman.

Pelancaran peluru berpandu itu dilakukan beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuntut Republik Islam Iran supaya menyerah diri tanpa syarat.

Jet-jet tempur Israel menyasarkan Tehran sebelum subuh hari ini selepas tentera Rejim Zionis mengeluarkan amaran supaya orang awam meninggalkan sebuah daerah demi keselamatan mereka. 

Tentera Israel kemudian berkata, ia menyerang lokasi pembuatan senjata dan kemudahan yang digunakan untuk membuat emparan di Tehran. 

Iran memberi amaran kepada penduduk Tel Aviv supaya bersedia menghadapi serangan baharunya.

Kor Pengawal Revolusi Islam kemudian berkata bahawa peluru berpandu hipersonik, Fattah-1 berulang kali menggegarkan tempat perlindungan di hab komersial itu. 

“Gelombang ke-11 Operasi Janji Jujur 3 menggunakan peluru berpandu Fattah-1 telah dilakukan,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen kerajaan.

Peluru berpandu hipersonik bergerak lebih lima kali kelajuan bunyi, menjadikannya lebih sukar untuk dikesan dan dipintas. – AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *