Anwar, pemimpin Singapura bincang isu-isu penting dua hala

SINGAPURA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan isu-isu penting dua hala dengan pemimpin Singapura termasuk hal ehwal sempadan dan maritim, tenaga boleh baharu serta inisiatif serantau seperti Grid Kuasa ASEAN sebelum mengakhiri lawatan kerja sehari ke republik itu.

Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam di The Istana dan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Lawrence Wong sebelum berlepas pulang.

“Kami turut mengkaji semula projek-projek yang sedang berjalan seperti Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, yang dijadualkan siap pada akhir 2026, dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang dijangka mampu meningkatkan pertumbuhan serantau,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau juga optimistik lawatan itu akan memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Singapura untuk faedah bersama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Wong, menerusi hantaran di laman Facebook, pula berkata beliau berharap dapat meneruskan kerjasama rapat antara

Malaysia dan Singapura demi manfaat rakyat kedua-dua negara jiran itu.

Semasa lawatan itu, Anwar menyampaikan perutusan khas pada Dialog Shangri-La ke-22.

Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hegseth dan Presiden Boeing Global Dr Brendan Nelson. – BERNAMA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *