Bilik mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Tampin musnah terbakar

TAMPIN – Bilik mesyuarat di bangunan pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Tampin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu.

“Berlaku kebakaran di tingkat empat di IPD Tampin. Kejadian disedari anggota bertugas di pejabat pertanyaan trafik dan terus menghubungi bomba.

“Pada jam 7.21 malam, pasukan bomba sampai dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.10 malam. Ketika kejadian, tiada anggota bertugas di pejabat itu. Siasatan masih diteruskan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, pejabat yang musnah sepenuhnya adalah bilik mesyuarat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *