Pendaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Keriang

PETALING JAYA – Seorang pendaki dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Keriang, Alor Setar semalam.

Komander Operasi Kanan Zon 1 Kota Setar, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 petang.

Katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar ke lokasi untuk melakukan pencarian mangsa.

“Maklumat awal memaklumkan, seorang lelaki ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai terjatuh ketika mendaki.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Mangsa kemudian dibawa turun oleh bomba dengan kebenaran polis dan sampai di kaki gunung pada jam 9.30 malam,” katanya dipetik Hatian Metro dalam kenyataan semalam.

Menurut Mohd Sofi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat pada jam 10.14 malam tadi,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *