Presiden Kosovo tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi 4 hari

SEPANG – Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari sempena kunjungan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada 4 April 2021.

Osmani, yang tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dengan penerbangan komersial, disambut mesra Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Kompleks Bunga Raya pada jam 5.25 petang.

Sejurus tiba, beliau memeriksa kawalan kehormatan terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) diketuai Kapten Muhammad Nafis Norshid.

Menurut Wisma Putra, Osman akan diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra esok disusuli mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Perbincangan kedua-dua pemimpin dijangka memfokus kepada pengukuhan kerjasama dua hala dalam sektor utama termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan serta pertukaran antara rakyat Malaysia dan Kosovo.

Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini.

Malaysia secara rasmi mengiktiraf Kosovo pada 30 Oktober 2008, sekali gus tampil sebagai negara Asia pertama yang berbuat demikian.

Hubungan diplomatik pula diwujudkan secara rasmi pada 18 Mac 2011.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada 2024, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kosovo mencecah RM28.55 juta (AS$6 juta) dengan eksport negara ke republik itu sebanyak RM25.92 juta (AS$5.5 juta) dan import RM2.63 juta (AS$550,000).

Eksport utama Malaysia termasuk minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta barangan perkilangan, manakala import dari Kosovo kebanyakannya terdiri daripada bahan mentah dan batu permata.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *