Ahli Parlimen Pulai selamat dibedah, keadaan makin stabil

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, selesai menjalani pembedahan membuang hempedu, di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini.

Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan, berkata pembedahan itu dilakukan dengan selamat dan kini Suhaizan yang juga Naib Pengerusi AMANAH Johor berada dalam keadaan stabil serta sedar.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan yang baik serta semua pihak yang mendoakan kesejahteraan YB (Yang Berhormat) Suhaizan Kaiat ketika dalam rawatan.

“Penghargaan turut dirakamkan kepada mereka yang bertungkus lumus terutama pasukan perubatan, pegawai Parlimen Pulai, pasukan AMANAH Johor, ketua masyarakat dan individu perseorangan yang membantu menjaga serta menguruskan keselamatan dan kesihatan YB Suhaizan sepanjang beliau dalam rawatan.

“AMANAH Johor juga berterima kasih dengan ingatan daripada rakan-rakan YB Suhaizan termasuk Konsul Jeneral Republik Singapura, Ng Kuan Khai; Ahli Parlimen Skudai, Liew Chin Tong dan pemimpin setempat yang lain,” katanya dipetik Berita Harian dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Semalam, Suhaizan dilaporkan media dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini, malam kelmarin, selepas paras oksigen menurun akibat jangkitan kuman.

Bagaimanapun, Aminolhuda dilaporkan, berkata keadaan Suhaizan kini stabil namun memerlukan pemantauan berterusan.

Susulan itu, AMANAH Johor dilaporkan meminta orang ramai menghentikan penyebaran spekulasi dan maklumat tidak sahih berhubung keadaan kesihatan Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Aminolhuda dilaporkan berkata, penyebaran spekulasi dan maklumat tidak sahih itu menimbulkan panik dan pelbagai persepsi mengelirukan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *