Baldatun Thauuibatun gagal dilaksanakan Pas di Kelantan

Perutusan Hari Pekerja 2025

Oleh: Faiz Fadzil

SAMBUTAN Hari Pekerja tahun ini bagi rakyat Malaysia penuh bermakna, disokong dengan pasaran buruh yang kukuh di bawah Ekonomi MADANI.

Tahun ini, kadar gaji minimum telah dinaikkan ke RM1,700 bagi membantu para pekerja menangani kos sara hidup. Sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang akan memanfaatkan 50,000 pekerja.

Bagi penjawat awam, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah satu penghargaan kerajaan MADANI kepada kumpulan tulang belakang kerajaan ini dalam meningkatkan taraf hidup.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Inisiatif-inisiatif ini menambah kekuatan pasaran buruh negara yang pada Februari 2025, menyaksikan kadar pengangguran paling rendah dalam hampir 10 tahun. Ini selaras dengan prestasi Ekonomi MADANI pada tahun 2024 di mana pertumbuhan ekonomi telah melepasi jangkaan pakar untuk 4 suku tahun berturut-turut.

Ini menunjukkan Ekonomi MADANI bukan tin kosong dan berjaya mencapai pasaran buruh terkuat dalam tempoh sedekad ini.

Ia juga selaras dengan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing yang melonjak 17 peratus pada tahun 2024 ke RM47.4 bilion, yang seterusnya mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia.

Faktor-faktor ini telah menyumbang kepada peningkatan gaji penengah tahunan (sektor formal) sebanyak 6 peratus pada tahun 2024.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Setakat Disember 2024, gaji penengah negara telah mencecah RM3,045 sebulan. Malah, paras gaji penengah di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang lebih tinggi daripada RM3,045.

Malangnya, gaji penengah di sesetengah negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis berada pada paras RM2,100 dan ke bawah. Situasi paling buruk adalah di Kelantan, di mana 50 peratus rakyat Kelantan bergaji bawah RM1,664 sebulan.

Namun, saya percaya Ekonomi MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mengukuhkan ekonomi tempatan di negeri-negeri tersebut dan meningkatkan pendapatan penduduk di sana dalam jangka masa yang lebih panjang.

Ini kerana dalam Belanjawan 2025, PM telah mengumumkan beberapa inisiatif termasuk usaha memupuk “perkumpulan ekonomi” mengikut keistimewaan negeri seperti tenaga boleh baharu di Perlis dan industri kimi di Terengganu.

Insentif cukai pendapatan pada kadar istimewa juga ditawarkan bagi pelaburan dalam 21 sektor ekonomi di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Ini menunjukkan Ekonomi MADANI berusaha meningkatkan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa diskriminasi politik dan kaum.

Untuk memastikan agenda Ekonomi MADANI tercapai, golongan pekerja juga harus memainkan peranan bersama dengan menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran mereka (upskilling).

Anak-anak muda pula digesa menceburi bidang “emerging technologies” seperti kecerdasan buatan (AI) selaras dengan keperluan masa hadapan.

Sepertimana budaya kerja yang saya tekankan di LKIM iaitu cekap, amanah, peduli (CAP), ianya mampu meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan golongan pekerja yang merupakan golongan yang sangat penting dalam pembangunan negara.

Setinggi penghargaan buat semua golongan pekerja samaada sektor awam dan swasta serta yang tidak bergaji atas khidmat bakti yang dicurahkan buat negara dan rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2025!

Pekerja Kesuma Bangsa.

Muhammad Faiz Fadzil

Setiausaha Agung Amanah

Pengerusi LKIM

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *