KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi pada PRK DUN Ayer Kuning malam ini, mengalahkan lawannya calon dari Perikatan Nasional (Pas-PN), Abdul Muhaimin.
Keputusan yang diumumkan secara rasmi oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu merekodkan Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah mendapat 11,065 undi, manakala Abdul Muhaimin memperolehi 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS hanya mengumpul 1,106 undi.
Peratusan keluar mengundi mencatatkan penurunan 15.4 peratus berbanding 73.47 peratus yang direkodkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Seramai 31,897 pengundi dalam daftar pemilih PRK Ayer Kuning.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

