Letupan di luar pejabat Hellenic Train

ATHENS – Polis Greece maklumkan satu letupan berlaku di luar pejabat Hellenic Train di Athens pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Polis segera mengawal kawasan tersebut selepas dua organisasi media tempatan menerima panggilan amaran bahawa satu bahan letupan akan diletupkan dalam tempoh 35 minit.

Susulan itu, bangunan berkenaan telah dikosongkan setelah satu beg mencurigakan dikesan di kawasan tersebut.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut pegawai polis, siasatan awal menunjukkan letupan itu berkemungkinan berpunca daripada bom buatan sendiri.

Bagaimanapun, tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti dalang dan motif di sebalik kejadian itu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *