KLANG – Sebanyak 10 rumah di Taman Sri Jaya, Jalan Meru, dekat sini dilanda banjir kilat awal pagi tadi berikutan hujan lebat, menyebabkan air naik sehingga paras dua kaki.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di lokasi pada jam 4.27 pagi.
Katanya, operasi turut dibantu oleh anggota dari BBP Sri Andalas dengan kekuatan keseluruhan seramai 12 anggota dan dua jentera, iaitu sebuah FRT dan LFRT.
“Setakat ini, seramai lapan mangsa telah berjaya dikeluarkan dari kawasan terjejas dan kerja-kerja pemindahan masih diteruskan.
“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Ahmad Mukhlis menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001